Hari 2
Awal pagi selepas membersihkan diri, kami keluar untuk makan pagi. Selesai makan, jam di tangan menunjukkan pukul 6.30pagi kami mula meneroka kota dengan memulakan langkah di Tugu Peringatan Malaysia.
Berdekatan dengan tugu tersebut,terletaknya Gaya Walk.Ia merupakan pasar yang dikunjungi ramai pada setiap hari ahad.Mengadap jalan besar di hadapan Gaya Walk,tersergam indah Atkinson Tower.
Kami menaiki anak tangga untuk sampai di menara jam tersebut. Menara jam tersebut dibina oleh ibu seorang pegawai British yang berkhidmat di Borneo iaitu Sir Atkinson bagi mengenangkan anaknya yang meninggal disebabkan sejenis penyakit iaitu Demam Malaria.
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Signal Hill.Untuk ke sana kami perlu berjalan menelusuri Jalan Bukit Bendera. Melalui Signal Hill, kami dapat melihat Kota Kinabalu secara keseluruhan.
Selepas menuruni bukit tersebut, kami singgah di Water Front untuk mengambil angin pagi. Berdekatan dengan Central Market,kami menaiki bot untuk ke 3 buah pulau yang terdapat di Taman Tunku Abdul Rahman. Dengan hanya Rm 55 seorang kami dapat melihat keindahan Pulau Manukan,Pulau Manutik dan Pulau Sapi.
Selepas beberapa jam menikmati keindahan pulau, kami ke Jesselton Point. Jesselton merupakan nama lama bagi Kota Kinabalu. Ia mengambil nama sempena nama gabenor British di Sabah iaitu Sir Jessel dan dikenali sebagai Jessel Town.
Di Jesselton Point,kami dapat melawat ke Jeti Feri untuk ke Labuan. Perjalanan ke Labuan mengambil masa 3 jam dengan harga tiket RM35. Namun kami tidak berkesempatan melawat ke Wilayah Persekutuan tersebut.
Akhirnya kami mengambil teksi untuk ke Masjid Bandar. Masjid tersebut seni binanya seakan-akan Masjid Nabawi di Madinah.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Heritage Village. Di sana kami dapat melihat struktur rumah bagi setiap kaum di Sabah. Dengan bayaran sebayak RM2, kunjungan kami di sana ternyata amat berbaloi.
Berdekatan Heritage Village, terdapat Muzium Negeri. Disana,kami disambut dengan rangka ikan paus yang sangat besar.Bermacam maklumat dapat diperolehi di sana. Kemudian, kami sempat singgah di Sabah Art Gallery bagi mecuci mata melihat kesenian yang dihasilkan orang warga Sabah.
Badan terasa letih maka kami pun balik ke penginapan kami untuk berehat.
25 Mac 2010
Percubaan Pertama
Di sini saya ingin selitkan cubaan pertama saya dalam menghasilkan sajak.
Rawan Hatinya
Katamu,
"terbanglah rama-rama, terbang
tinggalkan aku
hindari aku"
Katamu,
"aku insan kerdil
menagih kasih
mengharap rindu
di tepian tasik madu"
Katamu,
"aku pencinta setia
dibalut kasih
diselubungi rindu
mencari pepohon buat pelindung"
Namun,
rasa itu biru
rasa itu kaku
Rawan hatinya, siapa yang tahu.
Hafiza Thanius
24 Mac 2010
Tatau
(Dedikasi buat sahabatku, Hu Ann Leh)
- Semoga dikau berada dalam kuntuman C.I.N.T.A)
Rawan Hatinya
Katamu,
"terbanglah rama-rama, terbang
tinggalkan aku
hindari aku"
Katamu,
"aku insan kerdil
menagih kasih
mengharap rindu
di tepian tasik madu"
Katamu,
"aku pencinta setia
dibalut kasih
diselubungi rindu
mencari pepohon buat pelindung"
Namun,
rasa itu biru
rasa itu kaku
Rawan hatinya, siapa yang tahu.
Hafiza Thanius
24 Mac 2010
Tatau
(Dedikasi buat sahabatku, Hu Ann Leh)
- Semoga dikau berada dalam kuntuman C.I.N.T.A)
19 Mac 2010
3D2N di Kota Kinabalu, Sabah
Hari 1 Rabu 17 Mac 2010
Saya dan suami bertolak dari Tatau kira-kira pukul 6.30 pagi ke Bintulu.Perjalanan ke Bintulu mengambil masa kira-kira satu jam.Rakan suami yang bercuti di Bintulu ikut serta ke Miri.Untuk ke Miri dari Bintulu terdapat dua jalan lalu suami memilih mengikut jalan lama. Ini kerana kami ingin singgah di Hentian Rehat di Batu Niah.
Perjalanan ke Miri agak mencabar disebabkan kondisi jalan yang kurang memuaskan serta jumlah lori kayu balak yang agak banyak di waktu pagi sebegini.Memang menjadi masalah di rata-rata jalan di Sarawak (yang pernah kami lalui)iaitu kondisi jalan yang agak sempit serta berlopak.
Akhirnya kami tiba di Miri kira-kira jam 10.50 pagi.Rakan suami mengesyorkan kami makan dahulu di sebuah kedai iaitu Restoran D'Muara.Dengan memesankan makan kegemaran kami iaitu Nasi Lalapan Ayam, satu hidangan istimewa di bumi Sarawak.
Selesai sahaja menjamu selera, kami menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miri.Penerbangan kami yang sepatutnya bertolak jam 2.10 petang ditangguh sehingga jam 3.00 petang.Sementara menunggu penerbangan sempat juga kami menjamu mata melihat barangan di kiosk-kiosk yang terdapat di situ.bahawa Saya dan suami berpendapat struktur Lapangan Terbang Miri lebih besar berbanding Lapangan Terbang Bintulu di mana kiosk-kiosk menjual barangan amatlah terhad.
Akhirnya penerbangan kami di panggil untuk berlepas.Bergetar rasa hati apabila melangkah ke kapal terbang disebabkan keterujaan menjejak kaki pertama kalinya Bumi Di Bawah Bayu. Sebenarnya saya dan suami merancang berbulan madu ke Sabah sejak bulan Disember lagi namun terpaksa ditangguhkan.
Kami tiba kira-kira jam 4.15 petang.Terus menaiki teksi ke tempat penginapan di Hotel Ruby di Kampung Air,Kota Kinabalu.Berehat sebentar setelah membersihkan diri,kami bersiap-siap ke Filipino Market yang terletak hanya dua blok dari hotel.
Teruja melihat mutiara serta barangan kraf yang terdapat di Filipino Market, kami menjamu selera di gerai berdekatan.Bakso makanan yang dipesan amat menyelerakan.Kemudian kami menyelusuri jalan sehingga menuju ke Water Front Esplande bagi menikmati suasana senja yang begitu romantik.Teringin menaiki kenderaan awam,kami menunggu bas berhadapan dengan Warisan Square.Dengan bayaran hanya 50sen, kami dapat menyelusuri seluruh kawasan bandaraya Kota Kinabalu.
Akhirnya,kami singgah di pasar malam Kampung Air yang berdekatan dengan tempat penginapan kami.Pelbagai kristal dan mutiara dengan harga yang berpatutan dijual.Tapi ingat,perlu ada tawar-menawar bagi mendapatkan harga yang berpatutan.Syukur saya mempunyai suami yang sangat pandai tawar-menawar sehinggakan kami sering mendapat 'free gift'.
Kira-kira jam 8.30 malam kami singgah di gerai berdekatan Filipino Market bagi menikmati makan malam. Gerai ikan bakar yang paling hujung dipilih untuk menikmati makan malam.Seekor ikan jenahak dan 3ekor sotong bakar yang agak besar saiznya dipilih sebagai juadah malam kami.Harga makan malam kami hanya RM30 dan ianya amatlah berbaloi.
Selesai makan, kami berjalan seketika dan akhirnya pulang ke hotel untuk beristirehat.
Langgan:
Catatan (Atom)